KAPIT, SARAWAK

 Sekian lama tidak update blog. hai guys yang sudi membaca blog saya. kali ni saya kongsikan pengalaman sepanjang berkhidmat di kapit, Sarawak. Mungkin ramai yang tidak tahu kapit tu di mana. sebelum saya berkhidmat di kapit, saya berkhidmat di Johor selama 3 tahun. Pada 03.08.2015 saya telah melpor diri di KPDNHEP Kapit. Sebelum pergi sana, ada juga google tu tempat. mari saya terangkan perjalanan ke kapit. Flight saya dari KK ke Kuching ke Sibu naik AirAsia. sebenarnya Sibu ada airport dan flight dari kk pun ada tapi masa tu masih menggunakan MasWings dan harga pun boleh tahan sehingga pada tahun 2018 barulah ada AirAsia. Sampai di sibu airport kena naik teksi/grab/mycar/maxim atau lain2 pergi ke wharft atau Terminal Penumpang Sibu dan ambil masa 30-45 minit bergantung pada pemanduan dan kawalan lalulintas. sampai di wharft kena naik lagi bot panjang atau sana panggil bot ekpress pergi ke kapit. unik kan. masa tu jalan belum ada dan bot lah pengangkutan utama di sana. untuk pergi ke kapit akan melalui sungai rajang sungai terpanjang di malaysia dan mengambil masa 3 jam untuk sampai. waktu perkhidmatan pergi ke kapit adalah bermula jam 5.45am sehingga 2.30pm. lepas tu tiada sudah. tu hari2 biasa belum kena cuti umum atau perayaan. first time naik bot panjang sebelum ni pergi langkawi ada juga naik tapi tidaklah panjang. harga tiket bermula rm25 ekonomi rm30 pertengahan dan rm35 untuk VIP. mula2 naik saya ambil lah rm25 sebab murah tapi kurang selesa sebab dekat dengna enjin. sepanjang perjalanan ke kapit, banyak rumah panjang tepi sungai dan dua pekan kecil akan dilalui iaitu kanowit dan song. ada sesetengah bot singgah dua pekan tu. kalau mau merasa bot singgah naik yang jam2.30pm.saya sampai di pekan kapit jam 6 ptg sebab naik yang jam2.30pm.lupa bagtau saya datang kapit sehari sebelum lapor diri.tempat bermalam di kapit meligai hotel kira antara yang okla..banyak juga inn di kapit. suasana time sampai sana sunyi sebab petang sudah. nama saja pedalaman tapi ada KFC ada 7 bank ada jalan raya ada kompleks sukan ada hospital ada bangunan kerajaan. kedai pun ada. keesokan harinya saya melapor diri. pejabt belakang meligai hotel saja. orang cakap kapit tempat buangan tapi bagi saya kapit satu tempat untuk kita belajar budaya dan bahasa. kapit mostly menggunakan bahasa iban sebagai bahasa utama. cina cakap iban.terkejut juga lah. berada di kapit seolah2 berada di tempat sendiri sebab dikelilingi oleh tumbuhan hijau cuma pembangunan agar slow mungkin faktor2 lain. dari yang tidak pandai bahasa iban sehingga sekarang boleh nyanyi lagu iban dan faham sikit2 orang cakap. orang cakap kapit jauh tapi datang kapit ada tempat lagi jauh. saya merasalah naik bot ekpress 5 jam pergi ke Belaga untuk tugasan luar. laluan yang mencabar ialah kawasan jeram pelagus. juragan yang mahir saja yang mampu melalui jeram. boleh tengok link yang saya sudah upload di youtube keadaan jeram pelagus https://www.youtube.com/watch?v=ttbwx_IyPAg . di situ juga ada kes bot tenggelam. bagi yang minat sukan jangan risau sebab orang2 kapit atau yang bekerja di kapit ada yang aktif sukan. ada bola sepak,futsal,bola tampar,boal jaring,skuas,takraw,badminton dan macam2 ada. pada 2017 laluan darat telah dibuka menghubungkan kanowit dan kapit. saya share link proton saga vvt melalui jalan sawit dan balak ke kapit https://www.youtube.com/watch?v=tFuLqBJYeEE . memang mencabar.pergi kapit offroad. lepas tu saya tidak sanggup sudah takut kereta rosak dan terpaksalah hantar kereta guna tongkang. sekiranya jalan siap boleh jimat 1 jam lebih. setelah 5 tahun berkhidmat akhirnya saya kembali berkhidmat di negeri sendiri. merantaulah selagi mampu dan belajarlah bahasa dan budaya orang. janganlah menilai sesuatu tempat tanpa merasa atau berada di tempat itu. sekian laporan saya..hahaha

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

temu duga KPDNKK

Temuduga Separa Perubatan

PERSAHABATAN