Temuduga Separa Perubatan

Pada 16.10.2017, saya telah menjalani temuduga latihan separa perubatan. sebelum temuduga, saya telah menduduki peperiksasan online dan ujian psikometrik. sejak mengisi SPA8 pada 2011, bermula 2015 saya dapat tawaran separa perubatan. pada tahun 2016, saya lulus peperiksasan online tapi malangnya saya tidak hadir temuduga atas sebab kewangan. sebenarnya saya telah bekerja di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) Cawangan Kapit Sarawak sejak 2015 dan sebelumnya di Jabatan Imigresen Malaysia selama 3 tahun.  temuduga pada masa itu di Sabah memandangkan saya orang Sabah jadi saya dapat calon sabah. saya sudah telefon SPA minta tukar tempat temuduga. malangnya tidak dapat. itu kisah saya pada 2016. pada tahun 2017, akhirnya dapat juga pergi temuduga. temuduga sebenarnya pada 24.10.2017 di kota marudu sebab saya orang kota marudu tapi saya request dengan SPA minta d KK. so dapatlah di kk. kos perbelanjaan dari kapit ke kk memang banyak guna duit. pagi 16.10.2017 saya menaiki GRAB ke pusat temuduga dekat UMS saja. sampai sana ingatkan saya yang paling awal. rupa-rupanya ada yang lagi awal. macam biasa, pergi ke urusetia semak dokumen dan ambil nombor giliran. saya orang ke 8. tepat jam 8 temuduga dijalankan. pasal temuduga saya sudah biasa. adalah baca sikit-sikit pasal KKM. saya tersenyum melihat gelagat orang lain. rata-rata semua teruja@excited. siap baca kertas. public speaking memang oklah dari saya. yang duduk sebelah saya perempuan asal Tuaran. dia nampak gementar. saya suruh dia relax. setiap kali orang masuk,saya tengok jam. tidak sampai 10 minit. tibalah giliran saya. macam biasa ketuk pintu. masuk dalam ada 2 orang penemu duga.sorang lelaki sorang wanita. saya letak 3 fail sijil di meja. penemuduga tanya kenapa banyak sijil. saya jawablah sijil sepanjang 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan. saya duduk dan disuruh perkenalkan diri. mereka bertanya lebih kepada diri saya dan pasal kerja saya. dengan suara yang jelas dan keyakinan diri yang tinggi saya bercakap dengan gaya saya sendiri. saya dapat 2 tawaran iaitu penolong pegawai perubatan dan penolong pegawai kesihatan persekitaran. mula-mula mereka offer saya MA tapi saya request HI. sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan, saya lebih kepada penguatkuasaan. sebab tu saya minta HI. lama juga ditemuduga. tidak sedar 15 minit di dalam.kawan yang duduk sebelah cakap lama betul. sebelum balik saya bagi tips kawan sebelah supaya jangan takut. harap-harap dapat..hehehe. kalau mau tips temuduga atau mau tahu lebih pasal saya emel saja atau komen saja.

Comments

  1. Tuan Kimie...saya mau Tanya pasal kerja pegawai imigresen KP19.. boleh minta no.fon atau apa2 yg sya boleh hubungi..terima kasih banyak tuan kimie

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , saya nak bertanyakan tentang tips untuk imigresen dan juga separa perubatan . Boleh saya tahu dekat mana saya boleh hubungi awak ?

    ReplyDelete
  3. And sorry , saya tak tahu awak muslim atau tak . Kalau bukan , maafkan saya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera..blh message sy d fb..taip sja nma sy.

      Delete
  4. Hi, apa ye tips temu duga separa perubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resume lengkap,susunan sijil teratur.bckp biar jelas.byk2 mbca isu2 semasa n hal kkm.mjwb soalan biar yakin.

      Delete
  5. Penolong pegawai perubatan tu boleh saya tahu ianya apa? MA ke? Saya dpt jawatan itu juga utk temuduga dan juga jururawat. Jawatan tu mereka yg beri atau nanti kita pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya MA..Nt tme iv request la mau jwtn apa.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

temu duga KPDNKK

PERSAHABATAN